Thursday, 11 August 2011

METRO HARI INI: Simbah asid selepas perkosa

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri
mangsa dan merogolnya,” katanya.

*ape nak jadi dah orang zaman sekarang ni..ni orang ka jugak ni???ke binatang..?binatang pun tak buat macam ni la..ish,ish,ish....

3 comments:

BubuBobot said...

kurang ajar betul! ishkkk bunuh je laki tu!



emosi pulak.

Unknown said...

bulan puasa pun nak buat dajal .. semoga Allah bagi balasan yang setimpal pada pelaku ..

Apple Pearl said...

cik nurAMALLINA:lepas raya kta bnuh sma2..hikhikhik..xla..jgn,biar ALLAH je yg hkum dia kat akhirat nant..:)

cik Tia:2 la 2..org zman skg ni dah x kisah dah psal dosa..x kira blan posa ke xposa ke..sma je bg dorang..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...