Assalamualaikum..

Pendahuluan
- Ummah bererti sekumpulan manusia yang beragama Islam dan bukan Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Islam dan mematuhi undang-undang Islam.
- Perkataan ummah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.
- Allah s.w.t berfirman bahawa setiap ummah diutuskan setiap rasul untuk memberi petunjuk.
- Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk ummah melalui pembentukan Piagam Madinah.
Isi
A) Definisi ummah
-Ummah dalam Piagam Madinah merujuk kepada masyarakat Islam & Bukan Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Islam & mematuhi undang-undang Islam.
-Menurut Piagam Madinah,Ummah mempunyai hak dan kebebasan beragama.
-Ummah juga bertanggungjawab bersama-sama menegakkan keadilan sosial & membenteras kezaliman serta tanggungjawab untuk memperkukuh ekonomi negara.
-Masyarakat bukan Islam yang tidak mematuhi piagam madinah akan disingkirkan dari Kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ‘ummah’
B) Sejarah pembentukan ummah
1) Faktor-faktor pembentukan ummah
-pergaduhan penduduk madinah – Aus &Khazraj
-pergaduhan penduduk asal madinah dengan golongan yahudi.
-Penghijrahan golongan muhajirin ke madinah.
2) Matlamat pembentukan ummah
-Menamatkan permusuhan Aus & Khazraj.
-Mempersaudarakan golongan Ansar & Muhajirin.
-Menggukuhkan lagi kedudukan agama Islam di madinah.
-Membentuk umat manusia yang mulia dan kuat serta berpegang teguh kepada ajaran
Islam.
3) Proses /langkah-langkah pembentukan ummah
a)menyatupadukan penduduk madinah
-Menyatupadukan golongan Aus & Khazraj menjadi golongan ansar.
-Mempersaudarakan golongan ansar dan Muhajirin.
-Menyatupadukan golongan Yahudi (Qainuqa’,Nadir,&Quraizah)
-Menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam.
b) Membentuk perlembagaan Madinah
-Mengandungi 47 fasal
-Terbahagi kepada 2 bhgn :
Bahagian pertama
-mengandungi 23 fasal
-berkaitan hubungan masyarakat islam sesama islam.
Bahagian kedua
-mengandungi 24 fasal
-berkaitan tanggungjawab orang yahudi terhadap negara islam madinah.
Kandungan penting perlembagaan madinah
-ketua negara islam –Nabi Muhammad
-pembentukan ummah
-kebebasan beragama
-kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi
-wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang
-jaminan keselamatan org-org bukan islam
-anggota syahifah mestilah menjalinkan hubungan erat tanpa
mengira agama dan keturunan
KESIMPULAN
Masyarakat madinah selepas pembentukan piagam madinah hidup bersatu sebagai sebuah keluarga di dalam konsep ‘ummah’.



No comments:
Post a Comment