Saturday, 22 October 2011

Pengajaran Buat Kita Semua..

Assalamualaikum..
Okey,malam ni apple nak kongsi cerita ngan u all semua..apple terbaca cerita nie kat blog member apple tadi..so,teringin jugak nak share ngan korang kan..okey,nak baca tak?kalau nak baca,duduk diam2 dan baca yaaaa..

Pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka . 

"Tolonglah encik , saya lapar . Sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ." 

Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata , "Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain , tetapi untuk diriku dan keluarga ku ." Si isteri tidak dapat berbuat apa apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah . 

Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya menderita seperti dirinya . Setahun kemudian , isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain .

Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan , tiba tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan pengemis itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan . 

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suami nya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami baru itu menjawab dengan tenang , "Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu !"

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita ini seperti putaran roda dan tidak akan selamanya berada di atas . Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya . 

Sabda Rasulullah SAW : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedekahlah dengan kekayaanmu . Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedekahlah dengan ilmu tersebut dan barang siapa yang mempunyai tenaga , bersedekahlah dengan tenagamu . 

Doa memohon keselamatan dunia dan akhirat : 

"Ya Allah , aku berlindung kepada-Mu kepada mu dari kekafiran  , dari kemiskinan ( yang menyedihkan ) dan dari seksaan kubur ( yang membinasakan ) . Ya Allah , tiada tuhan melainkan Engkau ."

Hope,cerita ni memberi seribu pengajaran pada kita semua..

SEKIAN WASSALAM

2 comments:

Unknown said...

itu la balasan yang Allah turunkan tuk org2 yang menzalimi org lain.semoga menjadi pengajaran kepada kita..

Apple Pearl said...

ya..betul 2 fahz..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...