Lawak Di Malam Hari | Suami , Isteri Dan Cermin
Okey,malam niii mau happy3,mau sengih3,mau ketawa..jom layan cerita dibawah nii
Alkisah,sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok (dua tingkat lagi yee macam banglo,hikhik) dalam hutan. Kerja suaminya mencari makanan seperti memburu atau memetikbuah-buahan hutan.Manakala isteri pula hanya duduk mengemas di rumah sahaja.
Suatu hari, sedang suami mencari makanan di hutan, tiba-tiba beliau terjumpa cermin.Beliau membawa balik cerminitu dan menyimpan cermin tersebut di tingkat atas tanpa pengetahuan isterinya.Setiap hari sebelum beliau keluar mencari makanan, beliau akan masuk ke dalam bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah, isterinya merasa pelik melihat telatah suaminya itu.Maka, disiasatlah bilik yang selalu dimasuki suaminya, bimbang jika suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.
Sebaik sahaja, masuk ke dalam bilik itu,isterinya ternampak cermin suaminya. Oleh kerana beliau tidak tahu fungsi cermin itu,jadi beliau ingat orang di dalam cermin itu adalah perempuan simpanan suaminya.Apa lagi,beliau berlari menangis dan meraung mencari emaknya.
Apabila diberitahu hal tersebut kepada emaknya, maka emak beliau sendiri ingin melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu.Lalu emaknya masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian, keluar dari bilik sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri : Apasal mak ketawa??
Mak : Apa teruk benar selera suami kau tu??kalau ya pun mau kahwin lain,carilah perempuan yang elok sedikit .Ini tidak..aku tengok perempuan kat dalam benda tu,dah la tua,hodoh pulak tuu,hahaha
okey,korang merasa terhibur???hahaha
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment